Tuesday, October 14, 2008

Tafsir Al-Quran - 1

Memperkatakan tentang tafsir maka orang yang tertentu sahaja yang layak melakukannya. Bukan semua orang boleh mentafsirkan al-quran kerana jika berlaku demikian bahaya akan menimpa kepada pelakuknya. Rasulullah memberikan amaran kepada mereka yang mentafsirkan al-quran dengan pendapat semata-mata . " Sesiapa yang mentafsirkan al-quran dengan berpandukan akal semata-mata maka sedialah tempat duduknya dalam api neraka." Ini merupakan amaran yang cukup keras dari Rasulullah SAW terhadap orang memperkatakan al-quran atau mentafsirkannya dengan hanya berpandukan pendapat akal semata-mata. Kerana itu hendaklah kita berhati-hati dalam memperkatakan al-quran agar tidak termasuk dalam golongan yang di sebutkan oleh Rasulullah SAW itu. Apa yang terlebih baiknya ialah kita memerhati akan tafsiran yang telah dibuat oleh mereka yang benar-benar mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian . ....bersambung

No comments: