Monday, March 22, 2010

KELUARLAH SAMADA RINGAN ATAU BERAT

KELUARLAH MENYAHUT CABARAN DAN BERANIKANLAH DIRI MENGHADAPI REALITI

Firman Allah dalam surah at-taubah ayat 41
" Keluarlah kamu berjuang samada dalam keadaan ringan atau berat berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga kamu".

Perintah Allah kepada kita semua yang boleh memahami perintah. Keluar berjuang adalah suatu arahan Allah agar kita tidak hanya berperap di dalam rumah , premis yang tertutup , suatu tempat yang tidak dapat dilihat orang. Bila keluar bererti orang dapat lihat kita , orang boleh bertegur sapa dengan kita , orang boleh bergaul dengan kita , orang akan tahu apa yang sedang kita lakukan , orang boleh jadikan kita sebagai contoh dan sebagainya lagi..Orang yang keluar adalah orang yang berani menghadapi realiti kehidupan . Panas hujan , Susah senang , Pasang surut dan segala sesuatu rintangan akan dihadapinya. Orang yang keluar adalah juga orang yang berani melihat ke dalam dirinya, mengoreksi dirinya, mengakui kesilapan dan kelemahan dirinya apabila dunia rialiti yang ia hadapi itu memberikan muhasabah kepadanya..Orang yang keluar adalah orang yang bersedia dengan seribu satu macam persediaan..yang sebenarnya kita telah disediakan Allah dengan pelbagai keupayaan untuk menghadapi realiti hidup ini..Dan Allah pun tidak akan menguji kita lebih dari apa yang mampu kita hadapi " Tidaklah Allah itu membebankan seseorang melainkan mengikut kemampuan yang ada pada hambanya".

Perintah Allah supaya keluar selain untuk menguji adalah juga untuk meningkatkan kemuliaan seseorang di sisiNya..Seandainya sudah datang nafiri supaya keluar berjuang maka tiada pilihan lain pada diri seorang pejuang melainkan terus keluar..samada terdapat sedikit atau banyak halangan , susah atau senang , kaya atau miskin , lapang atau sempit , berlum bersedia atau sudah bersedia..maka semua itu bukanlah alasan..bagi orang yang tidak memahami ayat Allah sahaja akan mencari-cari alasan dan membuat seribu satu alasan untuk tidak mahu keluar...

Ingatkah kita kepada Abu Talhah tatkala beliau mencapai usia tua..apabila sudah sampai seruan nafiri keluar berjuang...umur tuanya itu bukanlah menjadi penghalang...malah dia menyuruh anak isterinya menyediakan perbekalan untuk dia keluar berjuang walaupun yang menghalangnya itu adalah anak isterinya...yang akhirnya beliau telah syahid di lautan dan dimakamkan jasadnya di sebuah pulau .

Sebahagian kita hari ini menjadikan perkara remeh dan kecil sebagai alasan untuk tidak keluar ke medan dan khalayak.Apakah alasan yang akan kita berikan kepada Allah pada hari akhirat nanti.Seandainya tiada alasan yang kukuh untuk kita hadapkan di hadapan Allah nanti maka janganlah kita melupai perintah Allah ini..kalaupun seruan nafiri itu hanya sekadar keluar untuk bermesyuarat , berusrah , bermuqayyam , berdaurah dan sebagainya...kita belum lagi diminta untuk keluar dan tidak kembali lagi..kalau pun diminta untuk keluar dan tak kembali lagi apakah kita sanggup menyahutnya .... wallahu a lam

No comments: